Taqwa. Ramadhan. Mubarak.

Alhamdulillah.. Ramadhan telah tiba.. satu nikmat dari Allah swt.. dipertemukan Ramadhan kali ini..
Bersediakah kita dalam menyambut Ramadhan kali ini?? Mungkin ramai di kalangan kita telah lama melakukan persediaan sebelum masuknya bulan yang barakah ini.. Namun, apakah kita mahukan Ramadhan kali ini sama seperti Ramadhan yang lepas-lepas?? Sudah tentu kita mahukan yang terbaik kali ini..

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah swt..

Sepertimana firman Allah swt di dalam surah al-Baqarah yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman, telah difardhukan ke atas kamu untuk berpuasa (di bulan Ramadhan) sepertimana yang telah difardhukan oleh orang-orang sebelum kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa".

Ayat di atas sudah jelas menerangkan tentang kewajipan kita untuk berpuasa di bulan Ramadhan selama sebulan.. Jika kita perhatikan, Allah swt telah meletakkan Taqwa di penghujung ayat ini.. Ini bermaksud bahawa Allah swt telah menjanjikan bahawa siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan akan mendapat Taqwa kepada Allah swt.

Tetapi puasa yang macam mana?? Adakah tatkala kita berpuasa tetapi sifat-sifat mazmumah dalam diri masih lagi diamalkan?? Renungkan......

Sudah seharusnya Allah swt adalah segala-galanya buat kita sebagai hamba-Nya yang tidak mampu untuk berbuat apa-apa melainkan memohon pertolongan dari-Nya meskipun Dia tidak menciptakan syurga dan neraka.. Taatilah Allah swt dan mintalah keredhaan-Nya.. Mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya serta bersabar dalam menerima keputusan-Nya.

Bertaubatlah kepada-Nya dengan sebenar-benar taubat.. Menangislah di hadapan-Nya.. Merendahlah kehadapan-Nya dengan kedua air matamu dan hatimu.. Jika kamu mati dalam keadaan bertaubat dengan niat yang suci dan ikhlas, Allah swt pasti akan memberi manfaat.

Disana tiada lagi belas kasih kecuali dari Allah swt.. Cintailah Allah swt, cintailah Allah swt, cintailah Allah swt di dunia dan di akhirat.. Marilah kita jadikan Cinta-Nya sebagai cita-cita tertinggi..

Akhir kalam, saya memetik satu ayat dari Kalam Allah pada surah al-Fajr : 27-28 yang bermaksud :

" Hai Jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya".

Oleh itu, bersama-samalah kita dalam mencapai konsep taqwa yang sebenar agar kita menjadi hamba Allah swt yang diredhai di dunia dan di akhirat Insya Allah...

No comments:

Post a Comment