Puteri Mawar

Kian lama Puteri Mawar ku hilang pergi.
Aku terkesan kata selamatnya.
Aku rindu kata janjinya.
Aku tunggu kata cintanya.

Pergilah, Andai itu Kau Mahu...

Pergilah...

Aku tahu Kau perlu waktu..

Kau perlu kekuatan..

Bina kejayaan di masa hadapan..

Mahu waktu bersendirian..

Aku hanya menunggu...

Pergilah, Andai itu Kau mahu..

Doaku mengiringi pemergianmu..

Kita Selalu Tak Adil

Kita diberi kemewahan..

Kadang meminta dengan seribu satu harapan..

Kita diberi nafas..

Agar terus hidup dengan aman..

Kita diberi segalanya...

Agar kita syukuri nikmatnya..

Tapi kita lupa pada Pemberi Nikmat..

Lantas mengejar kemewahan dan kelazatan dunia..

Kita selalu tak Adil..

Lantaran itu, kita lah Hamba yang Tidak Bersyukur..

Bersyukurlah, asal kita Adil...






Kalam Ku

Masa Sudah Tiba,

Kalam sudah lama meninggalkanku..

Kini, "KALAM" ku kembali,

Memenuhi hasrat yang lama terhenti..

Terima Kasih,

Kerna Sudi menerima hatiku...

Sumpah rindu padamu

Wahai KALAM HATIKU.

Mesir. Mesir

Mesir...

Sumpah aku rindu Mesir..

Aku rindu suasana ilmu..

Aku hendak kembali...

Kembali ku sebagai penuntut ilmu Allah..

Insya Allah...

Aku Dan Dia.......

Aku dan Dia...

Siapa Dia tu....?

Dia yang punya dua mata...

Dua telinga...

Satu hidung...

Dan satu hati..

yang bisa disatukan..

atas nama cinta dan kasih..

Tulus kerana Allah swt....

Rasa ku....

Rasanya kau sudah tau..
Bila mulanya kita..
Baruku tau..
Segalanya telah lama berlalu...
Cuma aku yang tak perasan...
Huhu... Kita samalah...
Tunggulah waktunya..

Istiqlal. Dan. Merdeka

Malaysia Merdeka lagi...
Jangan lupe tarikh tu..
Negara aku, negara kau..
Syukurlah kita dah merdeka dari penjajah...
Kurniaan Allah yang tak ternilai..
Bangga lah..
Aku bangga aku anak Malaysia...
Huhu...dah, jom bakar mercun!

Heart.

No matter how paintful it is...
My soul cant stay away from you...
Maybe there's only one love..
Maybe my heart will never change...
Keeping my heart only for you...

Episod. Ini.

Berlalu episod ini..

Semuanya ku telan walaupun pahit..

Ku lalui dengan keperitan disebalik kegembiraan..

Tanpa ada yang sedar..

Episod baru....?

Kita kira 1...2...3..

Cinta. Rasul.

Ya Rasulullah..
Aku merinduimu ya Rasulullah..
Hendak sahaja ku ingin menemui mu..
Memeluk dirimu wahai kekasih Allah..
Sungguh mulianya diri mu..
Hati mu apatah lagi..
Ya Rasulullah..
Aku terlalu merinduimu..
Mencintaimu..
Dari Umat mu yang hina di sisi Allah,
IBRAHIM

Pertemuan. Itu

Bahagian. Buat. Mu...

Masih terlalu jauh untuk difikirkan....

Namun, bahagian buat mu..

Telah ku siapkan..

Tunggu saja..

Kebahagiaan

Itu. Kebahagian. Kamu.

Kebahagiaan milik kamu

Tidak sesekali untuk ku hampiri. dekati

Semakin ku hampiri

Semakin menjauh.....

Hawaku...

Hawaku...

Ingatkan aku agar tingkatkan ibadah

Kelak aku bisa menjadi insan soleh

Hawaku...

Ingatkan aku supaya selalu mengalunkan kallamullah

Agar aku dapat memandumu ke syura al-Jannah

Hawaku...

Bangunkan aku bertahajjud bersamamu

Agar kelak rahmat-Nya tiada tandingan untuk kita

Aminkanlah doa bacaanku

Moga nanti luas syurgamu

Taati dan patuhilah aku

Kelak solehah menjadi milikmu

Hawaku...

Cinta antara kita masih sementara

Di bawah naungan kasih sayang dan rahmat dari-Nya

Teruskan mencintai Allah dan Rasul-Nya

Moga kita menjadi insan yang diredha-Nya

Taqwa. Ramadhan. Mubarak.

Alhamdulillah.. Ramadhan telah tiba.. satu nikmat dari Allah swt.. dipertemukan Ramadhan kali ini..
Bersediakah kita dalam menyambut Ramadhan kali ini?? Mungkin ramai di kalangan kita telah lama melakukan persediaan sebelum masuknya bulan yang barakah ini.. Namun, apakah kita mahukan Ramadhan kali ini sama seperti Ramadhan yang lepas-lepas?? Sudah tentu kita mahukan yang terbaik kali ini..

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah swt..

Sepertimana firman Allah swt di dalam surah al-Baqarah yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman, telah difardhukan ke atas kamu untuk berpuasa (di bulan Ramadhan) sepertimana yang telah difardhukan oleh orang-orang sebelum kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa".

Ayat di atas sudah jelas menerangkan tentang kewajipan kita untuk berpuasa di bulan Ramadhan selama sebulan.. Jika kita perhatikan, Allah swt telah meletakkan Taqwa di penghujung ayat ini.. Ini bermaksud bahawa Allah swt telah menjanjikan bahawa siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan akan mendapat Taqwa kepada Allah swt.

Tetapi puasa yang macam mana?? Adakah tatkala kita berpuasa tetapi sifat-sifat mazmumah dalam diri masih lagi diamalkan?? Renungkan......

Sudah seharusnya Allah swt adalah segala-galanya buat kita sebagai hamba-Nya yang tidak mampu untuk berbuat apa-apa melainkan memohon pertolongan dari-Nya meskipun Dia tidak menciptakan syurga dan neraka.. Taatilah Allah swt dan mintalah keredhaan-Nya.. Mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya serta bersabar dalam menerima keputusan-Nya.

Bertaubatlah kepada-Nya dengan sebenar-benar taubat.. Menangislah di hadapan-Nya.. Merendahlah kehadapan-Nya dengan kedua air matamu dan hatimu.. Jika kamu mati dalam keadaan bertaubat dengan niat yang suci dan ikhlas, Allah swt pasti akan memberi manfaat.

Disana tiada lagi belas kasih kecuali dari Allah swt.. Cintailah Allah swt, cintailah Allah swt, cintailah Allah swt di dunia dan di akhirat.. Marilah kita jadikan Cinta-Nya sebagai cita-cita tertinggi..

Akhir kalam, saya memetik satu ayat dari Kalam Allah pada surah al-Fajr : 27-28 yang bermaksud :

" Hai Jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya".

Oleh itu, bersama-samalah kita dalam mencapai konsep taqwa yang sebenar agar kita menjadi hamba Allah swt yang diredhai di dunia dan di akhirat Insya Allah...
Kisah. Wanita. dan Keldai.
Mengambil udara yang segar di waktu pagi..
Di kala kesibukan penduduk mesir...
Yang menjadi rutin harian untuk mencari rezeki...
Ku memandang ke arah tempat pengumpulan sampah yang tidak jauh dari tempat ku berdiri..
Seorang wanita. Berjubah. Berniqab..
Bersamanya seekor keldai berwarna putih..
Yang menjadi binatang tunggangan wanita itu...
Ku terus perhatikan lagi...
Wanita itu terus mengurai semua plastik sampah yang diikat kemas...
Ku kira wanita itu seperti keadaan di Malaysia..
Rupanya tanggapan ku salah..
Botol. Tin. Plastik diketepikan..
Menarik minatku untuk mengetahuinya lagi..
Beberapa minit kemudian, wanita itu mengeluarkan satu plastik..
Yang di dalamnya berisi nasi...
Aku yakin... nasi itu sudah tidak elok lagi..
Wajah wanita itu nampak puas...
Makanan pagi yang akan menyaji dirinya...
Mungkin untuk keluarganya.. Siapa tahu..
Dia menaiki keldainya dan terus berlalu..
Aku terpaku.. Terdiam.. Tiada apa yang dapat ku lahirkan dengan kata-kata..
Wallahu A'lam

Salam Lembah Nil...

Salam. Lembah. Nil.

Akhirnya.. ku berjaya sampai ke Lembah Nil..

Bumi Anbiya'.. Bumi Kinanah..

Bumi yang diberkati..

Namun, aku harus meneruskan perjuangan ini..

Biarpun terpaksa berjauhan dengan keluarga..

Demi mencari sebutir mutiara... di tengah-tengah lembah ilmu yang berharga..

Aku kan terus mencari mutiara itu...

Walaupun sebutir..amat berharga buat diriku..

Atas kesempatan itu..

Aku terpana dengan Hadith Rasulullah saw yang bermaksud :

''Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka ia berjuang fisabilillah hingga dia kembali''.

Perjuangan ini. Takdir buat diriku.

Penantianku...




Aku. Dan. Dia

Tiada perkataan yang mampu ku ungkapkan.. Tidak terucap.

Semuanya ku simpan di hati.. Terlalu berat untuk ku.. Lantas ku meluahkan semuanya pada Sang Pencipta cinta.

Tentang kehadiran cinta.. Dalam hidupku.

Kebahagiaan.Kegembiraan.Suka dan duka.. Kita akan lalui bersama.

Selagi kita bernafas.. Bernyawa.

Kita masih milik-Nya.

Ya Allah ya tuhanku.. Aku Cintakan Dia.. Andai perasaan ini adalah perasaan yang betul dan tepat.. Temukanlah jodah aku dengannya.. Supaya aku

tidak terseksa dengan lebih lama.

Cukuplah hati ku tidak tenteram.. Cukuplah aku sudah tersenyum sebegini rupa.. Cukuplah aku merasai pelbagai perasaan.

Tolonglah aku ya Allah..

Andai Engkau redha dengan cinta ini.. Pertemukanlah jodoh kami.. Permudahkan kehidupan kami.




Berikanlah kami ilmu yang berguna.. Agar kami dapat menjaga cinta ini hingga ke syurga.




Amin ya rabbal A`lamin.






Bangah Kambing

Bangah Kambing...

Hai bangah... Buatlah kelakar bangah..

Kelakar apo? huhu.. bangah bukan aznil lah..

Alah bangah.. buatlah kelakar.. eeeiii, kenape bangah ade bau kambing??

(dah tentulah ada dekat kandang kambing).. Lah.. bangah memang kambing pun.. haha

Bangah ni kambing ye?? tapi apsal tak makan rumput pun..

Bangah makan rumput mase tengah malam.. nanti ade orang nampak malulah bangah..huhu

Bangah kambing, bangah kambing, bangah kambing....

***Khas buat sepupuku Pijah - Cik Mon - Timah - Piah - Ikram - Raudhah***

Korang betul-betul buat bangah terhibur.. Entah bila kita akan bertemu lagi..

Doakan kejayaan bangah di Mesir nanti.. InsyaAllah.

Rejab tiba...

Rejab tiba.....

Rejab..akhirnya kau tiba juga.. Ku harap setiap tahun dapat mengecapi mu.. Bulan Allah.. Ku harap hamba-hambaMu sudah mengetahui kedatangan bulan Mu.. Amalan ditingkatkan.. Dengan ikhlas.. Semua untuk memastikan cinta mereka terhadap Mu berterusan.. Ya Allah, sempena bulan Mu yang mulia ini, kami meminta ampun padaMu ya Allah.. Kami telah menzalimi diri kami dan orang lain.. Ampunkan segala dosa-dosa kami.. diri kami dibelengu dosa. Ampunkan ya Allah.. Moga-moga cinta kita berkekalan selamanya.. Amin.